Site Finding: Punca Sebenar Atap Bocor Rumah di Taman Raya, Dungun

Site Finding: Punca Sebenar Atap Bocor & Masalah Bumbung di Taman Raya, Kuala Dungun

Musim hujan je, habis bocor, bukan menitik je.. tapi basoh lecun.. air hujan masuk bilik...jadi dok selese plok nk duk dlm bilik ni..hurm puas doh upoh tukang sbm ni, masih sama gok bocor. bocor lagi.. dan lagi. Ini kes atap bocor yang kami jumpa di sebuah rumah banglo di Taman Raya, Kuala Dungun, Terengganu. Team DOOMIFIX dah buat pemeriksaan atap dan diagnosis bumbung untuk kesan punca atap bocor sebenar.

Info Pemeriksaan Atap:
Lokasi: Kuala Dungun, Terengganu
Jenis Bumbung: Atap Genting Konkrit
Jenis Rumah: Rumah Banglo
Simptom: Kesan air di siling, tompok basah bila hujan lebat, bumbung bocor

6 Punca Utama Atap Bocor Yang Kami Jumpa

Hasil site finding oleh kontraktor bumbung DOOMIFIX, ni antara punca atap bocor yang paling kerap berlaku:

  1. Masalah di Bahagian Rabung
    Rabung simen dah mula merekah. Sistem kalis air bumbung di bawahnya juga tidak lengkap. Bila hujan lebat, air mudah masuk ikut celah rabung.
  2. Atap Genting Konkrit Tidak Kemas
    Kebanyakan kepingan atap genting konkrit tidak tersusun rapat. Ada ruang terbuka yang jadi laluan air masuk, terutama bila angin kuat.
  3. Atap Retak & Pecah
    Beberapa keping atap didapati retak. Ini punca direct air menitik ke siling bocor di dalam rumah.
  4. Tiada Perlindungan di Sambungan Dinding
    Di bahagian sambungan atap dengan dinding, tiada wall flashing yang sempurna. Sebab tu dinding jadi basah setiap kali hujan.
  5. Reka Bentuk Atap Mencabar
    Struktur atap yang curam menyukarkan penyelenggaraan berkala. Masalah kecil susah nak dikesan awal.
  6. Lapisan Kalis Air Lama Dah Luput
    Kaedah lama hanya guna simen memang tak tahan cuaca Malaysia. Tanpa sistem bitumen lining moden, masalah akan berulang walaupun dah baiki atap bocor sebelum ni.

Bukti Gambar Dari Tapak - Diagnosis Bumbung

Ini antara keadaan sebenar yang kami rekod semasa pemeriksaan atap. Setiap rumah ada punca atap bocor berbeza:

Keadaan Rabung - Sistem kalis air bumbung tidak lengkap

Keadaan Rabung
Sistem kalis air bumbung di bahagian rabung tidak lengkap. Ini antara punca atap bocor utama yang kami jumpa di Dungun.

Susunan Atap Genting Konkrit yang renggang

Susunan Atap Genting Konkrit
Atap genting konkrit yang renggang boleh jadi laluan air masuk. Masalah atap bocor macam ni perlukan pemeriksaan rapi.

Atap Retak - Keretakan kecil sebabkan siling bocor

Atap Retak
Keretakan kecil pun boleh sebabkan siling bocor. Jangan pandang ringan kalau nampak tompok air.

Kerosakan Atap - Atap yang rosak wajib diganti

Kerosakan Atap
Atap yang rosak wajib diganti. Kalau tak, masalah atap bocor akan makin teruk bila musim tengkujuh.

Sambungan Dinding & Atap - Ketiadaan wall flashing

Sambungan Dinding & Atap
Ketiadaan wall flashing menyebabkan air serap masuk ikut dinding. Ramai tak perasan bahagian ni.

Keadaan Rabung Simen - Sistem kalis air bumbung gagal

Keadaan Rabung Simen
Rabung simen yang merekah adalah tanda sistem kalis air bumbung dah gagal. Perlu tindakan segera.

Jangan Tunggu Sampai Kayu Reput

Ramai tuan rumah di Terengganu ingat tampal je dah cukup untuk baiki atap bocor. Hakikatnya, tanpa diagnosis bumbung yang betul, masalah sama akan berulang. Site finding penting sebab:

  • Jimat kos. Tahu punca sebenar, tak perlu baiki banyak kali
  • Elak kerosakan struktur kayu. Air yang bertakung boleh reputkan kekuda
  • Kaedah baiki atap bocor lebih tepat & tahan lama
Tip DOOMIFIX: Nampak tompok kuning di siling bocor? Tu tanda awal. Call kontraktor bumbung untuk pemeriksaan atap. Lagi cepat kesan, lagi murah kos baiki.

Dapatkan Pemeriksaan Atap Percuma di Dungun

Ada masalah atap bocor di rumah Dungun, Kuala Dungun, atau Taman Raya? Team DOOMIFIX - Kontraktor Bumbung berpengalaman sedia bantu buat diagnosis bumbung dan site finding percuma.

Kami akan tunjuk gambar, explain punca atap bocor, dan cadang penyelesaian ikut bajet. Tiada caj tersembunyi.

WhatsApp untuk slot pemeriksaan:
018-395 4840 - DOOMIFIX

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alhamdulillah, settled repair sepenuhnya sistem pembentungan di Kg Nyior, Paka, Terengganu.

Struktur Kekuda Bumbung Tidak Memenuhi Standard?